Tuesday, January 16, 2007

Parti Binatang bersukaria ria

Ishkk... Kesian aku tengok mangsa banjir dalam paper hari ni. Tapi aku teringat masa memula rakyat Malaysia gempar dgn 3 lokasi di Malaysia yang dilanda Tsunami dengan teruk. Kuala Muda, Penang, ngan ermmm.. ntah la.. 2 aje la cemgitu. Anyways, bantuan mencurah curah masuk sampai ada orang yang mengambil kesempatan macam 2 ekor beruk yang menyamar jadi mangsa banjir semalam. celaka betul.. kalau aku hentak hentak aje diorang ni kat periuk periuk nasi yang terapung terapung tu. Kasik sampai ICU.

Tapi peristiwa di Kuala Muda tu ada menunjukkan bahawa kita memberi atas dasar silaturrahim antara ummah. Yang paling kelakar berlaku di Kuala Muda ada yang sanggup tak makan pasal barangan derma tu semua kononnya dari Umno and diorang yang duduk dalam kampung ni ada pegangan politik yg berlainan selain dari UMNO. Apakah salahnya kau makan beras dan makanan makanan tu? Itu pun nak ikut parti ke.. dah bagi tu kau kebas aje lah..apa susah.. ni dah lah ditimpa melapetak pastu memilih siapa yg patut tolong dia dan siapa tak? Lenkali suruh PokChik Lah kek JPM tu buek kampit beras UMNO. Konfirm la laku... kalau tak laku pun dia suruh Gomen semua pakai. Yg lain tak nak pakai dia jerut leher aje. Business Plan dia, boleh tiru aje camne diorang buat promotion utk kain betiK.. wahahha.. Batik tu..

Back to the story ...Hey.. Masyarakat! Sedar lah pak cik mak cik ku sayangi di kampung ni... Jgn memilih.. Beggars cant be choosers..tapi itu tertakluk pada hak mereka sendiri la.. cuma patut buang sikap camtu. Orang nak tolong.. tak baik kita baling balik benda camtu macam meludah kat orang keikhlasan hati orang. Bila time kat surau ke mesjid takde la nak berkira.. ohhh... ada jugak la aku dengar satu kampung ni ada 2 puak pasal satu imam tu kononya pro umno dan satu lagi imam tu penyokong pas.... Hey.. camtu pun boleh ka... pelik bin ajaib.

No comments: