Wednesday, January 17, 2007

Berjiwa Rakyat ke, Makan Rakyat

Ishkk... kengkadang aku heran la ngan orang Mesia. Lagi-lagi mamat mamat yg kecoh pasal nak pilihan raya...ada aje projeck baru di pecah tanahkan semua. There are times aku tanya sendiri, camni ke orang orang kite? Time nak pilihanraya aja nak tolong orang. pas dah menang, dia chow seen paling awal sekali. Gambar yg keluar kat paper tu semua nak muntah aku tengok angkat baby la... pegang anak orang la.. heyyy..please la.. . aku rasa anak anak diorang pun diorang tak buat camtu. Tapi benda baik baik memang semua orang harap berkekalan untuk dapat seorang pemimpin berjiwa rakyat bukan pemimpin makan rakyat.

Aku rasa semua yang masuk politik ni pada asalnya memang hendak menolong rakyat and ada cite cite sendiri untuk membangunkan rakyat masing masing. Serve the people.. dan mereka of all people macam polis, askar dan badan badan berkuasa should NOT be above the law.Patut they themselves above all lagi la kena abide the law. Jadikan diri sendiri as an example. Bukan cakap aje...ni rasuah kiri kanan pastu preaching to others should be ikhlas and hadhari what-so-ever. Ehh.. apahal? Cermin sikit ooii!! When I was in Medan, our tour guide was telling us the problems the Indonesia face with the government and how corrupted everyone is. Why their people are sufferring.. im not saying that the cause of the problems comes from above because in Indonesias case its different...their biggest problem is awareness of their current political state. These people dont know their rights but they are willing to fight for what THEY THINK ITS RIGHT which is admirable to us all. Orang kat melaya ni.. nak voice out sikit yg tak kena dah kena band, gam dan di pulau sedangkan benda yg dikatakan tu benar. Mungkin pada umumnya cara penyampaian diorang mungkin kita boleh question, but kita(*i mean as a whole) kena la paham problem orang dan kenapa diorang bertindak macam tu.


I hope when a different generetion steps up to take over from their seniors, they have all things in check and roll out their plan to make Malaysia a good country for everyone to live in and foreigners to visit. Bebas rasuah tu is something impossible but kalau banteras terus pun bagus gak. Cuma try and keep it low la kalau ye pun jan sampai jadi buah mulut orang lepak dah la.

Tuesday, January 16, 2007

Parti Binatang bersukaria ria

Ishkk... Kesian aku tengok mangsa banjir dalam paper hari ni. Tapi aku teringat masa memula rakyat Malaysia gempar dgn 3 lokasi di Malaysia yang dilanda Tsunami dengan teruk. Kuala Muda, Penang, ngan ermmm.. ntah la.. 2 aje la cemgitu. Anyways, bantuan mencurah curah masuk sampai ada orang yang mengambil kesempatan macam 2 ekor beruk yang menyamar jadi mangsa banjir semalam. celaka betul.. kalau aku hentak hentak aje diorang ni kat periuk periuk nasi yang terapung terapung tu. Kasik sampai ICU.

Tapi peristiwa di Kuala Muda tu ada menunjukkan bahawa kita memberi atas dasar silaturrahim antara ummah. Yang paling kelakar berlaku di Kuala Muda ada yang sanggup tak makan pasal barangan derma tu semua kononnya dari Umno and diorang yang duduk dalam kampung ni ada pegangan politik yg berlainan selain dari UMNO. Apakah salahnya kau makan beras dan makanan makanan tu? Itu pun nak ikut parti ke.. dah bagi tu kau kebas aje lah..apa susah.. ni dah lah ditimpa melapetak pastu memilih siapa yg patut tolong dia dan siapa tak? Lenkali suruh PokChik Lah kek JPM tu buek kampit beras UMNO. Konfirm la laku... kalau tak laku pun dia suruh Gomen semua pakai. Yg lain tak nak pakai dia jerut leher aje. Business Plan dia, boleh tiru aje camne diorang buat promotion utk kain betiK.. wahahha.. Batik tu..

Back to the story ...Hey.. Masyarakat! Sedar lah pak cik mak cik ku sayangi di kampung ni... Jgn memilih.. Beggars cant be choosers..tapi itu tertakluk pada hak mereka sendiri la.. cuma patut buang sikap camtu. Orang nak tolong.. tak baik kita baling balik benda camtu macam meludah kat orang keikhlasan hati orang. Bila time kat surau ke mesjid takde la nak berkira.. ohhh... ada jugak la aku dengar satu kampung ni ada 2 puak pasal satu imam tu kononya pro umno dan satu lagi imam tu penyokong pas.... Hey.. camtu pun boleh ka... pelik bin ajaib.

Monday, January 15, 2007

Ok.. Tak menjadi

Owrite.... sesungguhnya in my previous blog aku cakap that aku nak cuba menurunkan berat badan ku yg semakin lemak berkrim macam Afdlin Shauki. Orang kata aku On the way there dah cuma berat badan aku aja tak setanding dia. But what tu du.. Its getting worse that sekarang aku dah mula merokok balik plus Im not skipping lunch at all. waHahahahahHAHha! Perut pun tak surut surut sampai budak opis aku yg bengong ni cakap aku ni kuat tonggang. Cam celaka!

Ishkk.. aku first time kerja kat kompeni yg majoritinya orang melayu kita. Dan aku terkejut beruk that orang sini memamng alim alim belaka. Tak macam aku la obviously kalau tak buat ap aku nak terkejut pulak.

(815 pagi) KRIINNNGGGG!!!!!! <-- ok mungkin ni lebih lebih but aku saja aja buat

Seperti biasa aku masuk lambat la.. standard la muka aku tercongok baru nak tap kat aku kat reader pintu depan opis. Aku rasa tak pernah dalam sejarah PERNEC ni lagi yg boleh celen rekod aku. Dalam bulan pertama aku masuk dah masuk ranking top 10 citarasa sirap Kak ngah. Bukan nya pasal suara aku sedap sangat pun tapi pasal lambat. Kira Schumacher la... (*pembuat kasut) cuma aku rekod ntah apa apa ntah.

Sejurus kemudian, ada suara awek yg macam cun tapi tak tau la cun ke tak keluar... Pihak ****** ingin mengucapkan selamat hari lahir ke (Isi nama anda disini) pastu diekori oleh lagu besday bersuarakan budak berumur 6 tahun. Tension!!! then baca doa... huuuuu... aku first time masuk kompeni yg baca doa pepagi sebelum buat keje. Mintak apa yg patut dari tuhan.. then... seleweng kiri kanan sana sini. Tuang sana sini sampai subur bunga rumah cik ja yg ada kat AU* ni. huhuhuhu...


Boss aku memang cukup best dan berkira kira orangnye.. contohnya bila dia cakap perkataan Priority bunyi tu dia singkat kan lagi untuk save mase jadi PROITI. Dan hari tu dia ada sebut perkataan Choi...rupanya choice la kan... tak ghetto la tak sebut singkat singkat camtu. Dia ni semua aje dia suruh belasah aje.. kontraktor, pekerja, client.. semua la.. ikut hati dia nak belasah semua benda macam bonus stage kat dalam game streetfaiter.